Jabatan Hal Ehwal Pelajar

VISI

Menjadi institusi latihan teknikal bereputasi tinggi menjelang 2020

MISI :

Untuk melahirkan modal insan yang holistik bagi memastikan kebolehpasaran graduat yang tinggi

DASAR KUALITI :

PBS bertekad untuk membangunkan kecemerlangan pelajar bagi memastikan pelajar memperoleh nilai kebolehpasaran dan tahap

kesediaan kerjaya yang tinggi serta memenuhi kehendak pelanggan melalui proses penambahbaikan berterusan.

PIAGAM PELANGGAN UNIT HAL EHWAL PELAJAR (PENGAMBILAN & DATA)

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan seperti berikut

  • Pendaftaran pelajar baharu akan diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar.
  • Permohonan Pertukaran Program yang lengkap akan diproses dalam tempoh 2 hari bekerja dari tempoh permohonan diterima.
  • Permohonan Pertukaran Politeknik yang lengkap akan diproses dalam tempoh 2 hari bekerja dari tempoh permohonan diterima.
  • Permohonan Berhenti Pengajian yang lengkap akan diproses dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Kami menjaminkan layanan yang mesra dan bersedia membantu semasa anda berurusan dengan kami. 

PIAGAM PELANGGAN  UNIT HAL EHWAL PELAJAR (KEBAJIKAN & DISIPLIN)

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan seperti berikut :

  • Membantu pelajar yang berdaftar mendapatkan penaja mengikut peringkat program yang ditawarkan.
  • Memastikan semua pelajar dilindungi insurans mulai hari pertama pendaftaran dan di sepanjang tempoh pengajian.
  • Membantu pelajar atau waris pelajar menyediakan dokumen tuntutan  insurans untuk diserahkan kepada pihak insurans.
  • Menyediakan maklumat penginapan  luar kampus kepada pelajar dalam masa 30 hari sebelum semester berakhir.
  • Memaklumkan kematian dan kemalangan pelajar kepada waris dan pihak tertentu dalam tempoh 24 jam dari masa kejadian atau terima laporan.
  • Menentukan kes disiplin pelajar dikendalikan secara pentadbiran atau perundangan atau pihak berkuasa (polis, jabatan agama islam dan mahkamah) dalam tempoh 2 hari setelah menerima pengaduan salah laku pelajar tersebut.

 1. PENGURUSAN BIASISWA & PINJAMAN PELAJARAN

Unit ini bertanggungjawab:

  • Membantu pelajar yang berdaftar mendapatkan penaja sama ada dalam bentuk biasiswa atau pinjaman dengan memaklumkan segala maklumat terkini mengenai bantuan pelajaran kepada pelajar.
  • Memastikan pelajar menerima bantuan kewangan dengan teratur sepanjang pengajian dengan menghantar pengesahan status pelajar kepada penaja terbabit selepas keputusan peperiksaan diumumkan pada setiap semester.
  • Memastikan pelajar hanya memilih satu penaja sahaja.
  • Menyediakan dan menguruskan temuduga/taklimat pinjaman bagi mana-mana penaja.
  • Membantu pelajar-pelajar berstatus OKU memohon insentif khas iaitu bantuan wang saku dan yuran yang disediakan oleh KPM. 

Bagi Pelajar Program Diploma Sahaja

Penaja utama untuk pinjaman pendidikan adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Biasiswa utama yang ditawarkan pula ialah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Selain itu, penajaan pinjaman turut ditawarkan di peringkat negeri iaitu Yayasan Pelajaran Negeri seperti Yayasan Pelajaran Johor, Yayasan Pelajaran Selangor, Yayasan Pelajaran Pahang dan Yayasan Sabah dan Sarawak yang mana setiap negeri di Malaysia mempunyai dana kewangan tersendiri yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk diberikan sebagai pinjaman kepada setiap anak negeri yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT.  Setiap anak negeri berhak untuk melakukan permohonan mendapatkan pinjaman pelajaran di negeri kelahiran masing-masing.  Pinjaman yang diberikan juga boleh ditukarkan ke bentuk biasiswa sekiranya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.


 

Badan berkanun dan agensi swasta lain yang turut menawarkan bantuan kewangan pendidikan ialah seperti Lembaga Zakat Negeri, Felda, PERKESO, KWSP, MARA, Bank Koperasi, Koperasi, Agensi, TNB, Yayasan KUOK dan lain-lain.

2. PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR

Semua pelajar PBS adalah tertakluk di bawah Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan oleh pihak PBS dari semasa ke semasa. Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia yang menerangkan secara terperinci peraturan-peraturan dalaman yang digunapakai di PBS diedarkan kepada semua pelajar-pelajar baharu.

Pelajar yang melanggar peraturan yang ditetapkan akan diambil tindakan selaras dengan Jadual V, Kaedah 48, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).

Pendaftaran Kenderaan Pelajar

Pelajar yang ingin menggunakan kenderaan di dalam kampus perlu mendaftarkan kenderaan tersebut melalui  laman sesawang

http://www.spmp.polibanting.edu.my . Pelajar perlu mencetak borang  dan membawa dokumen-dokumen berikut ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar: 

  • Satu salinan Kad Pengenalan pelajar
  • Satu salinan Lesen Memandu yang sah
  • Satu salinan Cukai Jalan (untuk motosikal) dan keratan cukai jalan yang dikeluarkan oleh   Jabatan  Pengangkutan Jalan (untuk kereta).

Pelekat khas mengikut tahun pengajian akan dikeluarkan kepada kenderaan yang berdaftar. Pelekat yang dikeluarkan mestilah ditampal di bahagian atas sebelah kanan motosikal atau di sebelah kiri bawah cermin hadapan kereta untuk menyenangkan tugas-tugas pengawasan oleh pihak keselamatan.

3. PENGURUSAN KEBAJIKAN

Pengurusan Insurans

Semua pelajar Politeknik Banting Selangor dilindungi oleh Insuran Kemalangan Diri Berkelompok oleh Etiqa Takaful Berhad.

Sekiranya pelajar mengalami kemalangan, sila berhubung dengan Pegawai Kebajikan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar atau Penyelaras HEP Jabatan secepat mungkin untuk tujuan tuntutan insurans. Pihak Etiqa Takaful perlu dimaklumkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh berlakunya kemalangan.

Faedah yang diperolehi hasil sumbangan tahunan sebanyak RM35 ini ialah seperti berikut: 

FAEDAH

 KADAR TUNTUTAN

Kematian (Kemalangan)

RM 40,000.00

Kematian (Biasa/Penyakit)

RM   5,000.00

Keilatan Kekal Menyeluruh (Kemalangan)

RM 40,000.00

Keilatan Kekal Menyeluruh (Biasa/Penyakit)

RM   5,000.00

Keilatan Kekal Separa/Sementara (Kemalangan)

RM 40,000.00

Perbelanjaan Perubatan (Kemalangan)

RM   3,000.00

Khairat Kematian (Kemalangan)

RM   1,500.00

Khairat Kematian (Biasa/Penyakit)

RM      750.00

Elaun Harian Hospital (Kemalangan)

RM 50.00 sehari (maksima 30 hari)

(* Berkuatkuasa mulai Sesi Jun 2014)

Bagi melicinkan proses tuntutan, dokumen-dokumen berikut perlukan dikemukakan:

BIL.

DOKUMEN

JENIS TUNTUTAN ( √   )

KEMALANGAN

KEMATIAN

1.

Borang Tuntutan yang telah lengkap diisi

2.

Penyata Pemeriksa Perubatan

3.

Salinan Laporan Perubatan/ Hospital (kematian akibat kemalangan/ kematian luar negara)

4.

Salinan Kad Pengenalan Pelajar yang disahkan

5.

Salinan Kad Pelajar

6.

Salinan Kad Pengenalan Ibu /Bapa /Waris @ Surat Beranak Pelajar

 

7.

Salinan Laporan Polis yang disahkan (kematian akibat kemalangan/ kematian luar negara)

8.

Salinan Sijil Kematian yang disahkan

 

9.

Salinan Permit Penguboran yang disahkan

 

10.

Bil /Resit Perubatan asal (jika ada)                   

11.

Sijil / Kad / Surat  Keluar Wad (Discharge Note)(jika ada)

12.

Lain-lain dokumen:

   
 

i)    Gambar penuh pemohon sebelum & selepas kemalangan (bagi kemalangan yang melibatkan kecacatan kekal)

 
 

ii)  Salinan X-ray, MRI, CT Scan @lain-lain laporan radiologi

 
 

iii) Salinan Sijil Cuti Sakit

 

Rawatan Kesihatan/ Sakit/ Demam/ Kemalangan/ Kematian dll

  • Pelajar yang memerlukan rawatan di mana-mana hospital/ pusat kesihatan milik kerajaan boleh mendapatkan Surat Rawatan Pelajar dari jabatan masing-masing atau dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
  • Mengikut surat Jabatan Perkhidmatan Awam dengan nombor Rujukan JPA(S)133/13(64) bertarikh 27 Januari 1983, pelajar Politeknik adalah berkelayakan menerima kemudahan rawatan dan kepakaran serta kemudahan rumah sakit percuma di Wad DUA (2) di mana-mana hospital kerajaan.
  • Kerjasama daripada seluruh warga PBS adalah diharapkan untuk memaklumkan kepada mana-mana pegawai berikut sekiranya berlaku sebarang musibah yang menimpa pelajar:

WAKTU PEJABAT, HUBUNGI

Jabatan Hal Ehwal Pelajar  (03-31201625 samb. 212/ 210)

Ketua Jabatan Akademik pelajar

Penasihat Akademik pelajar

LUAR WAKTU PEJABAT, HUBUNGI

Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Puan Rohayu bte Ses (PHEP) - Tel: 016-2060608

Tabung Kebajikan Pelajar diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kewangan ketika berada di PBS. Sumber utama tabung ini adalah peruntukan yang diberikan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar PBS. Tabung ini juga digunakan untuk menyalurkan sumbangan kepada  pelajar yang kematian ibu atau bapa.

Syarat permohonan:

  • Keutamaan diberi kepada pelajar yang menghadapi kesempitan wang yang tidak dijangka bagi mengatasi keperluan penting seperti ditimpa sesuatu musibah.
  • Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib atau ada rekod pelanggaran tatatertib tidak layak memohon.Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar atau melalui laman web rasmi PBS. Borang permohonan adalah mengandungi  sokongan Penasihat Akademik, Penyelaras HEP Jabatan dan Ketua Jabatan.
  • Kadar sumbangan tertakluk kepada persetujuan ahli mesyuarat Tabung Kebajikan Pelajar dan kedudukan kewangan semasa tabung.

4.   MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)

Objektif penubuhan MPP adalah :

  • Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada.
  • Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar.
  • Menggalakkan penyertaaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang.
  • Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak  pengurusan.

Ahli MPP :

Terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar di PBS KECUALI:

  1. Pelajar yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di PBS.
  2. Pelajar yang HPNMnya kurang daripada 3.00.
  3. Pelajar yang pernah mengulang semester.
  4. Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib.
  5. Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tatatertib.
  6. Pengecualian di atas adalah terbatal dengan kebenaran Ketua Eksekutif / Pengarah PBS kecuali perkara 1 dan 2.

Aktiviti Pelajar

Menguruskan permohonan kertas kerja dan pengumpulan laporan bagi aktiviti pelajar sama ada anjuran MPP, kelab gunasama, jabatan, dan jemputan luar melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Minggu Suai Kenal (MSK)

Minggu Suaikenal (MSK) pelajar baharu dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar melalui satu Jawatankuasa Induk yang dibentuk dan dipersetujui oleh Pengarah PBS. Program ini dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Objektif utama MSK adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar baharu terhadap sistem pengajian di PBS dan membantu pelajar untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar baharu dengan lebih bermotivasi.