Jabatan Hal Ehwal Pelajar

4.   MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)

Objektif penubuhan MPP adalah :

  • Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada.
  • Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar.
  • Menggalakkan penyertaaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang.
  • Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak  pengurusan.

Ahli MPP :

Terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar di PBS KECUALI:

  1. Pelajar yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di PBS.
  2. Pelajar yang HPNMnya kurang daripada 3.00.
  3. Pelajar yang pernah mengulang semester.
  4. Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib.
  5. Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tatatertib.
  6. Pengecualian di atas adalah terbatal dengan kebenaran Ketua Eksekutif / Pengarah PBS kecuali perkara 1 dan 2.

Aktiviti Pelajar

Menguruskan permohonan kertas kerja dan pengumpulan laporan bagi aktiviti pelajar sama ada anjuran MPP, kelab gunasama, jabatan, dan jemputan luar melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Minggu Suai Kenal (MSK)

Minggu Suaikenal (MSK) pelajar baharu dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar melalui satu Jawatankuasa Induk yang dibentuk dan dipersetujui oleh Pengarah PBS. Program ini dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Objektif utama MSK adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar baharu terhadap sistem pengajian di PBS dan membantu pelajar untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar baharu dengan lebih bermotivasi.