Jabatan Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat

  • PDF
  • Cetak

Jabatan Penyenggaraan Pesawat (JPP) merupakan salah satu jabatan induk di Politeknik Banting Selangor (PBS). Ia merupakan jabatan yang dipindahkan dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (PSA). Jabatan ini mula beroperasi di PBS dengan perpindahan staf, pelajar dan peralatan pada 18 Disember 2012.

Hanya satu program diploma sahaja yang ditawarkan di jabatan ini iaitu Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat (DAM). Diploma dalam bidang Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat yang ditawarkan di PBS menyediakan pembelajaran yang mendalam mengenai enjin pesawat moden, kerangka pesawat, peralatan mekanikal, komponen dan sistem avionik. Program ini dibina selaras dengan 13 modul EASA part 66.

Bagi memastikan calon yang dipilih adalah bersesuaian, calon yang berpotensi akan melalui ujian aptitud dan sesi temuduga selain dikehendaki memenuhi syarat minimum 6 kredit di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

PROGRAM PENGAJIAN 

Nama Program             Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat
Pengenalan

Politeknik Banting akan menawarkan program Diploma Penyenggaraan Pesawat (DAM) bermula sesi Disember 2012. Program ini merupakan program yang dipindahkan dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) ke Politeknik Banting (PBS). Program Diploma Penyenggaraan Pesawat (DAM) mula beroperasi pada sesi Julai 2006 yang kini dikenali sebagai Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat (DAM). Program ini menawarkan pengajian secara modular selama 3 tahun.

Syarat Kemasukan

Calon-calon yang berminat perlu memenuhi syarat am Politeknik Konvensional dan syarat khas program seperti berikut :

A) Warganegara Malaysia

B) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan kepujian mata pelajaran berikut:-

a. Bahasa Melayu / Malaysia

b. Bahasa Inggeris

c. Matematik / Matematik Tambahan

d. Fizik / Sains

e. mana-mana DUA (2) matapelajaran lain

 

C) Calon tidak cacat anggota yang tidak menyukarkan kerja amali

D) Lulus ujian rabun warna

E) Lulus ujian bertulis dan temuduga

 

Kemudahan Jabatan Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat Politeknik Banting

Bil Nama Makmal/Bengkel Lokasi
 

MECHANICAL BASED

AIRCRAFT HANGAR

JABATAN KEJURUTERAAN PENYENGGARAAN PESAWAT

POLITEKNIK BANTING SELANGOR

1 Metallurgy / NDT Laboratory
2 Aerodynamic Laboratory
3 Aircraft System Laboratory
  ELECTRICAL / AVIONICS BASED
4 Electrical Technology Laboratory
5 Digital Technique Laboratory
6 Electronic & Instrumentation Laboratory
  WORKSHOP
7 General Workshop
8 Composite Workshop
9 Aircraft Structure Workshop
10 Engine & Propeller Workshop
11 Aircraft Hangar

 

 

 
FacebookTwitterFeed

Single Sign On (SSO)

Hebahan

Sebarang hebahan di laman web PBS boleh dikemukakan kepada Unit ICT atau emailkan maklumat tersebut kepada admin@polibanting.edu.my


Keputusan Sebutharga PBS telah pun keluar. Sila rujuk di bahagian "Tender & Sebutharga" bagi mengetahui maklumat lanjut.


ikon qr

Portal ini boleh dilayari menggunakan telefon pintar.

                              

Jumlah Pelawat

023198
Tarikh Akhir Dikemaskini
15-04-2014 14:50